Thursday, December 17, 2009

Jurnal Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data

Action Reseacrh: An Approach For The Teachers In Higher Education
By: Ghazala Yasmeen
Pengumpulan Data
Pengumpulan Data dibuat melalui beberapa cara iaitu:
  • Pemerhatian pensyarah di dalam kelas
  • Temubual pensyarah dengan pelajar

Ulasan Buku: Pengumpulan & Penganalisisan Data

Teknik Pengumpulan Data

Setelah membuat perancangan, guru perlu mengetahui bagaimana hendak mengumpul data berdasarkan informasi yang berkualiti dan relevan yang diperlukan dan cara untuk mendapatkan data tersebut. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk mengumpul data yangt diperlukan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengumpulan data dan bukannya statik kepada satu cara sahaja.

Temuramah

  • Guru perlu mengetahui bagaimana untuk mengendalikan satu sesi temubual dengan berjaya. Kemahiran ini sangat penting kerana guru boleh memperolehi banyak informasi tersurat dan tersirat semasa sesi temubual.
  • Keberkesanan satu sesi temubual bergantung pada cara pengendalian temubual tersebut. Informasi yang berkualiti dapat diperolehi dalam sesi temubual yang formal. Contohnya:mendengar keprihatinan ibubapa, mendapatkan pandangan pelajar kefahaman pengajaran dan pembelajaran
  • Sebelum melakukan temubual, guru perlu menetapkan apa informasi yang diperlukan untuk membuat persiapan awal.
  • Selepas itu, menyenaraikan soalan yang perlu disoal serta perlu menetahui serba sedikit teknik menyoal semasa temubual untuk memaksimumkan informasi dalam masa yang terhad

Soal Selidik

  • Soal selidik lebih kurang sam dengan temubual, perbezaannya temubual dijalankan secara oral berhadapan dengan responden manakala soalselidik informasi diperoleh secara bertulis
  • pihak yang menjalankan kajian tidak perlu hadir semasa sesi soalselidik
  • soalan dalam soal selidik perlu jelas, mudah difahami dan senang untuk menjawab.

Pemerhatian

  • Guru boleh menggunakan permerhatian secara informal untuk mengetahui apa yang berlaku semasa proses P&P
  • Aspek yang penting untuk membuat pemerhatian ialah pemerhatian yang sistematik, fokus dan tepat (accurate)
  • Guru perlu mengetahui apa yang sedang berlaku (explore what is happening) atau menguji adakah sesuatu sedang berlaku (whether you are using it to check whether particular things are happening) contohnya: pelajar buli

Skala Ukur (Rubrik)

  • Membolehkan guru mengetahui reaksi dan sikap pelajar terhadap halangan, tindakan dan akibatnya.
  • Kadangkala susah untuk mengukur kepuasan dan minat pelajar dengan menggunakan kaedah temubual dan soalselidik.
  • Kaedah ini dapat membantu pelajar meluahkan perasaan, sikap dan penilaian mereka melalui angka. Ia dapat memudahkan penyelidik membuat rumusan berbanding dengan menggunakan penjelasan melalui perkataan

Dokumen

  • Dokumen biasanya digunakan semasa mengumpul data di sekolah. Contohnya rekod pencapaian pelajar, polisi sekolah dan daerah, buku rekod guru, minit mesyuarat dll.
  • Data yang diperolehi sangat berguna untuk menjalankan kajian. Guru perlu mengetahui apa maklumat yang perlu fokus daripada dokumen-dokumen tersebut.
  • Guru juga boleh berbincang dengan participan jenis dokumen yang perlu diperolehi untuk mendapatkan informasi yang dikehendaki.
  • Untuk memudahkan mendapatkan dokumen yang dikehendaki guru perlu peka dengan prosedur dan operasi sekolah

Teknik Penganalisisan Data

Selepas mengumpul data, data yang diperolehi perlulah di proses untuk menjadi maklumat yang berguna. Guru boleh melakukan analisis semasa pengumpulan data untuk memastikan data yang diperolehi relevan dengan apa yang dikehendaki. Di sini terdapat beberapa langkah untuk membuat analisis data iaitu:

  1. Baca dan membuat pengasingan informasi (sort the information)
  2. Menentukan ciri-ciri utama pada peringakat permulaan analisis
  3. Analisis perbuatan/tindakan (Analyze actions)
  4. Analisis halangan untuk bertindak (Analyze constraints)
  5. Analisis akibat daripada pelaksanaan (Analyze consequences)

Wednesday, December 16, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian

Tujuan Kajian Tindakan tentang Kaedah Permainan Interaktif

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah yang kurang menarik minat pelajar menyebabkan kebanyakkan pelajar tidak menumpukan perhatian dalam proses P&P. Dengan ini pelajar mula tidak menumpukan perhatian dalam kelas, bising dan memonteng kelas. Permainan interaktif dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar menumpukan perhatian seterunya menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar sentiasa menantikan kelainan dalam pembelajaran. Salah satu tanggungjawab guru adalah mewujudkan suasana persekitaran yang konduksif untuk pelajar. Ia memudahkan pengajaran disampaikan kepada pelajar. Permainan Interaktif ini dapat membantu guru mengakrifkan minda mereka secara kognitif.

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 10: Ulasan Buku

Mengenal pasti masalah Kajian Tindakan

Terdapat beberapa langkah menerangkan bagaimana seorang mengenalpasti masalah iaitu:

  1. mengesan andaian yang telah dilakukan
  2. mengenal pasti andaian yang di buat melalui pemeriksaan dan bukannya menerima andaiannya bulat-bulat
  3. Dapat menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk menguji andaian yang telah dibuat
  4. Mendapatkan maklumat tambahan jika diperlukan
  5. Melibatkan pihak ketiga untuk mengesan dan menguji andaian anda

Dengan menggunakan langkah-langkah ini guru dapat mengenal pasti sesuatu masalah. Menurut ColinLankshear & Michele Knobel dalam buku A Handbbook for Teacher Research From Design To Implementation menyatakan bahawa sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat, langkah yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti masalah atau isu pada peringkat tinjauan awal untuk membantu pengkaji membuat perancangan tindakan.

Prosedur Kajian Tindakan
Prosedur Kajian dapat membantu seseorang melakukan kajian tindakan secara siatematik dan teratur. Tidak dinafikan juga hubungan atau interpersonal skill guru dengan organisasi sekolah merupakan salah satu elemen yang penting untuk melakukan kajian tindakan. Berdasarkan pengarang buku seorang pendidik harus memiliki sifat-sifat seper reflektif berdasarkan 'high quality information' serta sentiasa ingin membuat penambahbaikkan.

  • Merancang apa yang kita hendak kaji
  • Mengumpul informasi: pemerhatian dan kaedah mengumpul data
  • Menganalisis data
  • Mengkomukikasikan hasil kajian

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Mini KT
Penggunaan Permainan Interaktif Di Dalam Proses P&P di dalam Bilik Darjah
Matlamat KT
Meningkatkan kemahiran mengingat dan perbendaharaan kata di kalangan pelajar
Objektif Kajian
Menilai tahap pemahaman dan penguasaan pelajar di dalam subjek perdagangan, sains dan bahasa melayu
Persoalan Kajian
-Bagaimanakah kaedah ini dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah
-Adakah permainan interaktif dapat memperkembangkan tahap mengingat dan
perbendaharaan kata di kalangan pelajar?
-Adakah Kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar di dalam subjek perdagangan, sains dan bahasa melayu?

Aktiviti 8: Cadangan Penambahbaikkan

Pengalaman/Refleksi Individu

Perdagangan-Kala

  • Guru perlu merancang teknik dan kaedah
  • Membahagikan pelajar ke dalam kumpulan untuk membolehkan penglibatan pelajar yang menyeluruh.

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran

Pengalaman/Refleksi Individu

Perdagangan-Kala

  1. Pelajar berasa bosan dan mula tidak memberi perhatian pada proses P&P contohnya kaedah syarahan akan merendahkan semangat pelajar untuk belajar.
  2. Tiada interaksi antara pelajar dalam bilik darjah menyebabkan berlaku jurang antara pelajar yang biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
  3. Guru akan sukar untuk mengawal kelas
  4. Pengajaran yang disampaikan seolah-olah untuk persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan bukannya menitikberatkan tahap informasi yang diterima oleh pelajar.

Bahasa Melayu-Sofia

  1. Guru lebih berpusatkan dan lebih memberi perhatian terhadap tajuk yang diajar berbanding kemahiran lain seperti kemahiran komunikasi
  2. Teknik penerangan/kuliah menjadikan pengajaran sebagai berpusatkan guru
  3. Penyebatian KBKK tidak dilaksanakan dalam P&P dan penglibatan pelajar adalah kurang

Sains-Hasmee

Aktiviti 6: Kekuatan Pengajaran

Pengalaman/Refleksi Individu
Subjek Perdagangan-Kala

  1. Guru memberi penerangan secara mendalam dalam subtopik yang diajar.
  2. Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan semasa memberi penerangan pengajaran. Contohnya menyuruh pelajar membawa contoh bungkusan makanan untuk mengetahui butir-butir yang perlu apa diketahui daripada label makanan.
  3. Guru memberi nota sepenuhnya dan latihan yang bersesuaian

Subjek Bahasa Melayu- Sofia

  1. Guru menyediakan latihan bagi menggalakkan pelajar menjana idea terutamanya di dalam penulisan
  2. Guru menggunakan teknik penerangan/kuliah bagi menerangkan format atau sesuatu tajuk.
  3. Guru menggalakan pelajar mengemukan idea dan pandangan secara individu dalam penulisan

Subjek Sains-Hasmee

  1. Pembelajaran berpusatkan bahan. Guru meminta pelajar membawa bahan bacaan seperti majalah, artikel, surat khabar dan seterusnya sebagai rujukan untuk mencari isi-isi penting untuk digunakan dalam membuat nota
  2. Pembelajaran berpusatkan guru. Guru memberi panduan secara langsung dan pelajar mengikut setiap langkah yang ditunjukkan
  3. Pembelajaran secara eksperimen dan berpusatkan pelajar. Dimana guru meminta pelajar membuat eksperimen dan mencari hipotesis berdasarkan keputusan dan hasil eksperimen yang dijalankan.

Kekuatan daripada pengajaran ini ialah:

  • memberi peluang kepada pelajar untuk lebih kreatif dan berusaha mendapatkan ilmu
  • pelajar mendapat pengalaman melalui eksperimen yang dilakukan sendiri dan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar.
  • pembelajaran yang dikelas juga menjadi lebih menarik dan melibatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dikalangan pelajar.

Pandangan Secara Kumpulan


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes