Friday, December 11, 2009

Aktiviti 10: Ulasan Buku

Mengenal pasti masalah Kajian Tindakan

Terdapat beberapa langkah menerangkan bagaimana seorang mengenalpasti masalah iaitu:

  1. mengesan andaian yang telah dilakukan
  2. mengenal pasti andaian yang di buat melalui pemeriksaan dan bukannya menerima andaiannya bulat-bulat
  3. Dapat menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk menguji andaian yang telah dibuat
  4. Mendapatkan maklumat tambahan jika diperlukan
  5. Melibatkan pihak ketiga untuk mengesan dan menguji andaian anda

Dengan menggunakan langkah-langkah ini guru dapat mengenal pasti sesuatu masalah. Menurut ColinLankshear & Michele Knobel dalam buku A Handbbook for Teacher Research From Design To Implementation menyatakan bahawa sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat, langkah yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti masalah atau isu pada peringkat tinjauan awal untuk membantu pengkaji membuat perancangan tindakan.

Prosedur Kajian Tindakan
Prosedur Kajian dapat membantu seseorang melakukan kajian tindakan secara siatematik dan teratur. Tidak dinafikan juga hubungan atau interpersonal skill guru dengan organisasi sekolah merupakan salah satu elemen yang penting untuk melakukan kajian tindakan. Berdasarkan pengarang buku seorang pendidik harus memiliki sifat-sifat seper reflektif berdasarkan 'high quality information' serta sentiasa ingin membuat penambahbaikkan.

  • Merancang apa yang kita hendak kaji
  • Mengumpul informasi: pemerhatian dan kaedah mengumpul data
  • Menganalisis data
  • Mengkomukikasikan hasil kajian

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes