Pengalaman/Refleksi Individu
Subjek Perdagangan-Kala
- Guru memberi penerangan secara mendalam dalam subtopik yang diajar.
- Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan semasa memberi penerangan pengajaran. Contohnya menyuruh pelajar membawa contoh bungkusan makanan untuk mengetahui butir-butir yang perlu apa diketahui daripada label makanan.
- Guru memberi nota sepenuhnya dan latihan yang bersesuaian
Subjek Bahasa Melayu- Sofia
- Guru menyediakan latihan bagi menggalakkan pelajar menjana idea terutamanya di dalam penulisan
- Guru menggunakan teknik penerangan/kuliah bagi menerangkan format atau sesuatu tajuk.
- Guru menggalakan pelajar mengemukan idea dan pandangan secara individu dalam penulisan
Subjek Sains-Hasmee
- Pembelajaran berpusatkan bahan. Guru meminta pelajar membawa bahan bacaan seperti majalah, artikel, surat khabar dan seterusnya sebagai rujukan untuk mencari isi-isi penting untuk digunakan dalam membuat nota
- Pembelajaran berpusatkan guru. Guru memberi panduan secara langsung dan pelajar mengikut setiap langkah yang ditunjukkan
- Pembelajaran secara eksperimen dan berpusatkan pelajar. Dimana guru meminta pelajar membuat eksperimen dan mencari hipotesis berdasarkan keputusan dan hasil eksperimen yang dijalankan.
Kekuatan daripada pengajaran ini ialah:
- memberi peluang kepada pelajar untuk lebih kreatif dan berusaha mendapatkan ilmu
- pelajar mendapat pengalaman melalui eksperimen yang dilakukan sendiri dan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar.
- pembelajaran yang dikelas juga menjadi lebih menarik dan melibatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dikalangan pelajar.
Pandangan Secara Kumpulan
0 comments:
Post a Comment