Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 5: Mengapa Guru Novis Perlu Melakukan KT

Mengapa Guru (novis/pelatih/berpengalaman) perlu melakukan Kajian Tindakan?
Guru harus memiliki 3 ciri utama iaitu intervensi, penglibatan dan penambahbaikan untuk melakukan sesuatu kajian tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Intervensi ialah kajian yang dilakukan dalam proses pengajaran dengan hasrat untuk mengubah proses P&P menjadi lebih baik. Dengan kajian tindakan guru dapat mengembangkan profesionalisme guru. Kajian tindakan berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru yang melakukan kajian tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Guru juga dapat meningkatkan amalan mengajar serta membantu mengubah amalan mengajar. Guru harus peka terhadap perkembangan pelajar, sebarang masalah yang timbul perlu diperbaiki atau mengatasinya. Kajian tindakan merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengenal pasti masalah, mencari punca masalah, mengumpul data, dan akhir sekali menmilih jalan penyelesaian yang terbaik.
Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
Subjek pengajaran seperti perdagangan, sains memerlukan pelajar mengingat fakta dan istilah semasa menjawab soalan peperiksaan. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mengingat istilah sedangkan kebanyakkan subjek memerlukan daya ingatan dan pemahaman pelajar. Kaedah permainan interaktif membantu pelajar mengingat istilah dan perbendaharaan kata dalam bahasa melayu. Ia memudahkan dan membantu pelajar belajar sambil mengulangkaji pelajaran.

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes