Thursday, December 17, 2009

Ulasan Buku: Pengumpulan & Penganalisisan Data

Teknik Pengumpulan Data

Setelah membuat perancangan, guru perlu mengetahui bagaimana hendak mengumpul data berdasarkan informasi yang berkualiti dan relevan yang diperlukan dan cara untuk mendapatkan data tersebut. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk mengumpul data yangt diperlukan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengumpulan data dan bukannya statik kepada satu cara sahaja.

Temuramah

  • Guru perlu mengetahui bagaimana untuk mengendalikan satu sesi temubual dengan berjaya. Kemahiran ini sangat penting kerana guru boleh memperolehi banyak informasi tersurat dan tersirat semasa sesi temubual.
  • Keberkesanan satu sesi temubual bergantung pada cara pengendalian temubual tersebut. Informasi yang berkualiti dapat diperolehi dalam sesi temubual yang formal. Contohnya:mendengar keprihatinan ibubapa, mendapatkan pandangan pelajar kefahaman pengajaran dan pembelajaran
  • Sebelum melakukan temubual, guru perlu menetapkan apa informasi yang diperlukan untuk membuat persiapan awal.
  • Selepas itu, menyenaraikan soalan yang perlu disoal serta perlu menetahui serba sedikit teknik menyoal semasa temubual untuk memaksimumkan informasi dalam masa yang terhad

Soal Selidik

  • Soal selidik lebih kurang sam dengan temubual, perbezaannya temubual dijalankan secara oral berhadapan dengan responden manakala soalselidik informasi diperoleh secara bertulis
  • pihak yang menjalankan kajian tidak perlu hadir semasa sesi soalselidik
  • soalan dalam soal selidik perlu jelas, mudah difahami dan senang untuk menjawab.

Pemerhatian

  • Guru boleh menggunakan permerhatian secara informal untuk mengetahui apa yang berlaku semasa proses P&P
  • Aspek yang penting untuk membuat pemerhatian ialah pemerhatian yang sistematik, fokus dan tepat (accurate)
  • Guru perlu mengetahui apa yang sedang berlaku (explore what is happening) atau menguji adakah sesuatu sedang berlaku (whether you are using it to check whether particular things are happening) contohnya: pelajar buli

Skala Ukur (Rubrik)

  • Membolehkan guru mengetahui reaksi dan sikap pelajar terhadap halangan, tindakan dan akibatnya.
  • Kadangkala susah untuk mengukur kepuasan dan minat pelajar dengan menggunakan kaedah temubual dan soalselidik.
  • Kaedah ini dapat membantu pelajar meluahkan perasaan, sikap dan penilaian mereka melalui angka. Ia dapat memudahkan penyelidik membuat rumusan berbanding dengan menggunakan penjelasan melalui perkataan

Dokumen

  • Dokumen biasanya digunakan semasa mengumpul data di sekolah. Contohnya rekod pencapaian pelajar, polisi sekolah dan daerah, buku rekod guru, minit mesyuarat dll.
  • Data yang diperolehi sangat berguna untuk menjalankan kajian. Guru perlu mengetahui apa maklumat yang perlu fokus daripada dokumen-dokumen tersebut.
  • Guru juga boleh berbincang dengan participan jenis dokumen yang perlu diperolehi untuk mendapatkan informasi yang dikehendaki.
  • Untuk memudahkan mendapatkan dokumen yang dikehendaki guru perlu peka dengan prosedur dan operasi sekolah

Teknik Penganalisisan Data

Selepas mengumpul data, data yang diperolehi perlulah di proses untuk menjadi maklumat yang berguna. Guru boleh melakukan analisis semasa pengumpulan data untuk memastikan data yang diperolehi relevan dengan apa yang dikehendaki. Di sini terdapat beberapa langkah untuk membuat analisis data iaitu:

  1. Baca dan membuat pengasingan informasi (sort the information)
  2. Menentukan ciri-ciri utama pada peringakat permulaan analisis
  3. Analisis perbuatan/tindakan (Analyze actions)
  4. Analisis halangan untuk bertindak (Analyze constraints)
  5. Analisis akibat daripada pelaksanaan (Analyze consequences)

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes