Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 5: Mengapa Guru Novis Perlu Melakukan KT

Mengapa Guru (novis/pelatih/berpengalaman) perlu melakukan Kajian Tindakan?
Guru harus memiliki 3 ciri utama iaitu intervensi, penglibatan dan penambahbaikan untuk melakukan sesuatu kajian tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Intervensi ialah kajian yang dilakukan dalam proses pengajaran dengan hasrat untuk mengubah proses P&P menjadi lebih baik. Dengan kajian tindakan guru dapat mengembangkan profesionalisme guru. Kajian tindakan berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru yang melakukan kajian tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Guru juga dapat meningkatkan amalan mengajar serta membantu mengubah amalan mengajar. Guru harus peka terhadap perkembangan pelajar, sebarang masalah yang timbul perlu diperbaiki atau mengatasinya. Kajian tindakan merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengenal pasti masalah, mencari punca masalah, mengumpul data, dan akhir sekali menmilih jalan penyelesaian yang terbaik.
Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
Subjek pengajaran seperti perdagangan, sains memerlukan pelajar mengingat fakta dan istilah semasa menjawab soalan peperiksaan. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mengingat istilah sedangkan kebanyakkan subjek memerlukan daya ingatan dan pemahaman pelajar. Kaedah permainan interaktif membantu pelajar mengingat istilah dan perbendaharaan kata dalam bahasa melayu. Ia memudahkan dan membantu pelajar belajar sambil mengulangkaji pelajaran.

Aktiviti 4: Mini Kajian Tindakan

Tajuk Mini Kajian Tindakan
Penggunaan Permainan Interaktif Di Dalam Proses P&P di dalam Bilik Darjah
Peserta Kajian
Pelajar Kelas Yang Terlibat
Setting Kajian
Di Dalam Bilik Darjah

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Tajuk Buku: Practitioner Research For Educators- A Guide to Improving Classroom and Schools
Apakah yang dimaksudkan Kajian Tindakan?
Sesuatu usaha untuk menambahbaikkan prestasi murid serta sekolah melalui mengenal pasti masalah atau isu yang dihadapi. Ini bereti guru meletakkan matlamat iaitu penambahbaikkan yang berterusan dalam P&P 'sustainable improvement'. Guru akan membuat kajian dimana mengumpul data, menganalisis maklumat yang diterima dan akhirnya memilih cara penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut serta membuat laporan. Penulis menyatakan 3 element penting untuk membuat kajian tindakan iaitu guru perlu melakukan kajian dengan usaha sendiri dan bukannya pengguna iaitu menggunakan kajian yang telah dilakukan oleh pihak luar. Kedua ialah kajian tindakan dapat membantu guru membuat kajian relevan berdasarkan masalah dan persoalan yang timbul. Ketiga ialah hasil kajian cukup memberi kepercayaan dan gambaran untuk membuat keputusan bagaimana dan apa yang perlu diajar.
Pernyataan ini disokong oleh Valsa Koshy (2005) dalam buku Action Research for Improving Practise yang menyatakan kajian tindakan merupakan proses pembelajaran melalui perbuatan (learning by doing) iaitu kajian yang melibatkan amalan pengkaji itu sendiri atau yang dilakukan oleh pengkajiitu sendiri dan bukannya kajian dari pihak luar.

Tugasan Kelas: Konsep Dan Model Kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu bentuk penyelidikan. Penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Dengan ini kita dapat melihat peranan data yang diproses untuk mendapatkan informasi berkenaan isu yang dikaji. Maklumat ini pula sekiranya ia diaplikasikan, ia boleh dianggap meningkat satu tahap kepada pengetahuan.

Menurut Elliot & Adelman (1976) yamg melapori kajian tindakan di bilik-bilik darjah menegaskan kajian tindakan sebagai penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru, merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru.

Penyelidik perlu mengenalpasti soalan-soalan ataupun masalah yang ingin diselesaikan, kemudian melakukan kajian dengan merujuk sumber rujukan berbincang dengan pihak-pihak tertentu, menentukan pendekatan kajian serta pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan dan pada masa yang sama, memantau kesan tindakan dengan mengumpul dan menganalisis data, menerangkan dan membincangkan dapatan dan implikasi kajian dan akhirnya hasil kajian dilaporkan agar ia memberi manfaat kepada semua orang.


Model Kajian Tindakan


Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.














Rajah 1: Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)

























Rajah 2: Model Kajian Tindakan Elliott (1991)


















Rajah 3: Model Ebbutt (1985)





















Rajah 4: Model Kajian Tindakan McKernan (1991)

Tuesday, November 3, 2009

Aktiviti 3 (II): Laporan Pembentangan Kolokuim Senior

Pembentangan Kedua
Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Sesi Pembentangan II, Bilik Perdana C
Tajuk : Meningkatkan Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Mempelbagaikan Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Nama Guru:
Nurkhalisah Binti Mustapa
Nadiah Binti Yusof
Hafizah Binti Mohamed
Nama Sekolah: SMK Seremban Jaya
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
  • mengkaji sejauh mana alat bantu mengajar dapat menarik minat pelajar dalam P&P

Persoalan Kajian

  • Bagaimana alat bantu mengajar dapat membantu pelajar untuk lebih berminat dan memahami isi pengajaran yang di sampaikan dalam kelas
  • Bagaimana mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada kepelbagaian penggunaan alat bantu mengajar

Metodologi

  • Mengenal pasti isu, masalah atau situasi yang hendak di kaji
  • Merancang penyelidikan
  • Melaksanakan tindakan (contoh: power point, gambarajah, bahan maujud, permainan dan muzik)
  • Memerhati dan mengumpul data
  • Mereflek dan menilai kesan kajian tindakan

Implikasi Kajian

Analisis hasil dapatan dari hasil temubual
Pelajar rasa seronok semamsa P&P dan lebih berminat serta memberi perhatian dalam kelas. Pelajar mula berani bertanya dan berkomunikasi dengan guru.
Analisis hasil dapatan dari hasil keputusan ujian
Terdapat peningkatan dalam keputusan pelajar iaitu ujian bulanan hasil daripada perubahan teknik pengajaran iaitu kepelbagaian penggunaan alat bantu mengajar.
Ulasan
Kreativiti guru dalam penggunaan pelbagai kaedah dan teknik dalam P&P amat membantu pelajar meningkatkan perasaan ingin tahu semasa belajar daripada sering mendengar syarahan guru. Guru harus memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang maksimum serta mencapai objektif pengajarannya.

Monday, November 2, 2009

Aktiviti 3 (I): Laporan Pembentangan Kolokium Senior

Pembentangan Pertama

Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)

Sesi Pembentangan III, Bilik Perdana C

Tajuk : Pengunaan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Untuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Nama Guru:
Noorul Huda Saiepudin
Saljiney Bobby
Nama Sekolah: SM Teknik Sepang, Dengkil

Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran khusus dalam matapelajaran Pendidikan Islam

  • Penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif

Persoalan Kajian

  • Adakah pelajar aktif di dalam kelas dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru

  • Bagaimana penglibatan pelajar semasa aktiviti dijalankan di dalam kelas

Metodologi

  • Melibatkan kelas Tingkatan 4 (4 kelas) di SM Teknik Sepang
  • Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Implikasi Kajian

Analisis hasil dapatan dari permerhatian

Hasil daripada aktiviti ini pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran memberi impak positif pada kajian ini.

Analisis hasil dapatan dari temubual

Secara keseluruhan terdapat perubahan tingkah laku pada pelajar iaitu pelajar lebih berani dan berkeyakinan semasa aktiviti dijalankan. Ini menyebabkan pelajar seronok dan suka dalam sesi P&P.

Ulasan

Kaedah dan teknik yang digunakan amat berkesan pada pelajar walaupun tiada maklumat kuantitatif yang menunjukkan respon pelajar atau data yang menunjukkan perubahan pada pelajar. Berdasarkan kajian yang dibentangkan, saya mendapati guru mula mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa P&P dan berkebolehan dalam pengawalan pelajar serta kelas. Pembelajaran memberi peluang pada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar lain di dalam kelas serta penglibatan mereka secara langsung dalam P&P.











Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes