- Pemerhatian pensyarah di dalam kelas
- Temubual pensyarah dengan pelajar
Thursday, December 17, 2009
Jurnal Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data
Posted by Kala Sellaya at 5:48 PM 0 comments
Ulasan Buku: Pengumpulan & Penganalisisan Data
Teknik Pengumpulan Data
Setelah membuat perancangan, guru perlu mengetahui bagaimana hendak mengumpul data berdasarkan informasi yang berkualiti dan relevan yang diperlukan dan cara untuk mendapatkan data tersebut. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk mengumpul data yangt diperlukan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengumpulan data dan bukannya statik kepada satu cara sahaja.
Temuramah
- Guru perlu mengetahui bagaimana untuk mengendalikan satu sesi temubual dengan berjaya. Kemahiran ini sangat penting kerana guru boleh memperolehi banyak informasi tersurat dan tersirat semasa sesi temubual.
- Keberkesanan satu sesi temubual bergantung pada cara pengendalian temubual tersebut. Informasi yang berkualiti dapat diperolehi dalam sesi temubual yang formal. Contohnya:mendengar keprihatinan ibubapa, mendapatkan pandangan pelajar kefahaman pengajaran dan pembelajaran
- Sebelum melakukan temubual, guru perlu menetapkan apa informasi yang diperlukan untuk membuat persiapan awal.
- Selepas itu, menyenaraikan soalan yang perlu disoal serta perlu menetahui serba sedikit teknik menyoal semasa temubual untuk memaksimumkan informasi dalam masa yang terhad
Soal Selidik
- Soal selidik lebih kurang sam dengan temubual, perbezaannya temubual dijalankan secara oral berhadapan dengan responden manakala soalselidik informasi diperoleh secara bertulis
- pihak yang menjalankan kajian tidak perlu hadir semasa sesi soalselidik
- soalan dalam soal selidik perlu jelas, mudah difahami dan senang untuk menjawab.
Pemerhatian
- Guru boleh menggunakan permerhatian secara informal untuk mengetahui apa yang berlaku semasa proses P&P
- Aspek yang penting untuk membuat pemerhatian ialah pemerhatian yang sistematik, fokus dan tepat (accurate)
- Guru perlu mengetahui apa yang sedang berlaku (explore what is happening) atau menguji adakah sesuatu sedang berlaku (whether you are using it to check whether particular things are happening) contohnya: pelajar buli
Skala Ukur (Rubrik)
- Membolehkan guru mengetahui reaksi dan sikap pelajar terhadap halangan, tindakan dan akibatnya.
- Kadangkala susah untuk mengukur kepuasan dan minat pelajar dengan menggunakan kaedah temubual dan soalselidik.
- Kaedah ini dapat membantu pelajar meluahkan perasaan, sikap dan penilaian mereka melalui angka. Ia dapat memudahkan penyelidik membuat rumusan berbanding dengan menggunakan penjelasan melalui perkataan
Dokumen
- Dokumen biasanya digunakan semasa mengumpul data di sekolah. Contohnya rekod pencapaian pelajar, polisi sekolah dan daerah, buku rekod guru, minit mesyuarat dll.
- Data yang diperolehi sangat berguna untuk menjalankan kajian. Guru perlu mengetahui apa maklumat yang perlu fokus daripada dokumen-dokumen tersebut.
- Guru juga boleh berbincang dengan participan jenis dokumen yang perlu diperolehi untuk mendapatkan informasi yang dikehendaki.
- Untuk memudahkan mendapatkan dokumen yang dikehendaki guru perlu peka dengan prosedur dan operasi sekolah
Teknik Penganalisisan Data
Selepas mengumpul data, data yang diperolehi perlulah di proses untuk menjadi maklumat yang berguna. Guru boleh melakukan analisis semasa pengumpulan data untuk memastikan data yang diperolehi relevan dengan apa yang dikehendaki. Di sini terdapat beberapa langkah untuk membuat analisis data iaitu:
- Baca dan membuat pengasingan informasi (sort the information)
- Menentukan ciri-ciri utama pada peringakat permulaan analisis
- Analisis perbuatan/tindakan (Analyze actions)
- Analisis halangan untuk bertindak (Analyze constraints)
- Analisis akibat daripada pelaksanaan (Analyze consequences)
Posted by Kala Sellaya at 10:03 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Aktiviti 12: Pemurnian
Tujuan Kajian Tindakan tentang Kaedah Permainan Interaktif
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah yang kurang menarik minat pelajar menyebabkan kebanyakkan pelajar tidak menumpukan perhatian dalam proses P&P. Dengan ini pelajar mula tidak menumpukan perhatian dalam kelas, bising dan memonteng kelas. Permainan interaktif dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar menumpukan perhatian seterunya menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar sentiasa menantikan kelainan dalam pembelajaran. Salah satu tanggungjawab guru adalah mewujudkan suasana persekitaran yang konduksif untuk pelajar. Ia memudahkan pengajaran disampaikan kepada pelajar. Permainan Interaktif ini dapat membantu guru mengakrifkan minda mereka secara kognitif.
Posted by Kala Sellaya at 6:30 PM 0 comments
Friday, December 11, 2009
Aktiviti 10: Ulasan Buku
Mengenal pasti masalah Kajian Tindakan
Terdapat beberapa langkah menerangkan bagaimana seorang mengenalpasti masalah iaitu:
- mengesan andaian yang telah dilakukan
- mengenal pasti andaian yang di buat melalui pemeriksaan dan bukannya menerima andaiannya bulat-bulat
- Dapat menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk menguji andaian yang telah dibuat
- Mendapatkan maklumat tambahan jika diperlukan
- Melibatkan pihak ketiga untuk mengesan dan menguji andaian anda
Dengan menggunakan langkah-langkah ini guru dapat mengenal pasti sesuatu masalah. Menurut ColinLankshear & Michele Knobel dalam buku A Handbbook for Teacher Research From Design To Implementation menyatakan bahawa sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat, langkah yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti masalah atau isu pada peringkat tinjauan awal untuk membantu pengkaji membuat perancangan tindakan.
Prosedur Kajian TindakanProsedur Kajian dapat membantu seseorang melakukan kajian tindakan secara siatematik dan teratur. Tidak dinafikan juga hubungan atau interpersonal skill guru dengan organisasi sekolah merupakan salah satu elemen yang penting untuk melakukan kajian tindakan. Berdasarkan pengarang buku seorang pendidik harus memiliki sifat-sifat seper reflektif berdasarkan 'high quality information' serta sentiasa ingin membuat penambahbaikkan.
- Merancang apa yang kita hendak kaji
- Mengumpul informasi: pemerhatian dan kaedah mengumpul data
- Menganalisis data
- Mengkomukikasikan hasil kajian
Posted by Kala Sellaya at 8:03 PM 0 comments
Friday, December 4, 2009
Aktiviti 9: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
Posted by Kala Sellaya at 6:28 PM 0 comments
Aktiviti 8: Cadangan Penambahbaikkan
Pengalaman/Refleksi Individu
Perdagangan-Kala
- Guru perlu merancang teknik dan kaedah
- Membahagikan pelajar ke dalam kumpulan untuk membolehkan penglibatan pelajar yang menyeluruh.
Posted by Kala Sellaya at 6:23 PM 0 comments
Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran
Pengalaman/Refleksi Individu
Perdagangan-Kala
- Pelajar berasa bosan dan mula tidak memberi perhatian pada proses P&P contohnya kaedah syarahan akan merendahkan semangat pelajar untuk belajar.
- Tiada interaksi antara pelajar dalam bilik darjah menyebabkan berlaku jurang antara pelajar yang biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
- Guru akan sukar untuk mengawal kelas
- Pengajaran yang disampaikan seolah-olah untuk persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan bukannya menitikberatkan tahap informasi yang diterima oleh pelajar.
Bahasa Melayu-Sofia
- Guru lebih berpusatkan dan lebih memberi perhatian terhadap tajuk yang diajar berbanding kemahiran lain seperti kemahiran komunikasi
- Teknik penerangan/kuliah menjadikan pengajaran sebagai berpusatkan guru
- Penyebatian KBKK tidak dilaksanakan dalam P&P dan penglibatan pelajar adalah kurang
Sains-Hasmee
Posted by Kala Sellaya at 6:21 PM 0 comments
Aktiviti 6: Kekuatan Pengajaran
Pengalaman/Refleksi Individu
Subjek Perdagangan-Kala
- Guru memberi penerangan secara mendalam dalam subtopik yang diajar.
- Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan semasa memberi penerangan pengajaran. Contohnya menyuruh pelajar membawa contoh bungkusan makanan untuk mengetahui butir-butir yang perlu apa diketahui daripada label makanan.
- Guru memberi nota sepenuhnya dan latihan yang bersesuaian
Subjek Bahasa Melayu- Sofia
- Guru menyediakan latihan bagi menggalakkan pelajar menjana idea terutamanya di dalam penulisan
- Guru menggunakan teknik penerangan/kuliah bagi menerangkan format atau sesuatu tajuk.
- Guru menggalakan pelajar mengemukan idea dan pandangan secara individu dalam penulisan
Subjek Sains-Hasmee
- Pembelajaran berpusatkan bahan. Guru meminta pelajar membawa bahan bacaan seperti majalah, artikel, surat khabar dan seterusnya sebagai rujukan untuk mencari isi-isi penting untuk digunakan dalam membuat nota
- Pembelajaran berpusatkan guru. Guru memberi panduan secara langsung dan pelajar mengikut setiap langkah yang ditunjukkan
- Pembelajaran secara eksperimen dan berpusatkan pelajar. Dimana guru meminta pelajar membuat eksperimen dan mencari hipotesis berdasarkan keputusan dan hasil eksperimen yang dijalankan.
Kekuatan daripada pengajaran ini ialah:
- memberi peluang kepada pelajar untuk lebih kreatif dan berusaha mendapatkan ilmu
- pelajar mendapat pengalaman melalui eksperimen yang dilakukan sendiri dan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar.
- pembelajaran yang dikelas juga menjadi lebih menarik dan melibatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dikalangan pelajar.
Pandangan Secara Kumpulan
Posted by Kala Sellaya at 6:16 PM 0 comments
Saturday, November 21, 2009
Aktiviti 5: Mengapa Guru Novis Perlu Melakukan KT
Posted by Kala Sellaya at 3:33 PM 0 comments
Aktiviti 4: Mini Kajian Tindakan
Posted by Kala Sellaya at 3:27 PM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Aktiviti 1: Ulasan Buku
Posted by Kala Sellaya at 3:43 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Konsep Dan Model Kajian Tindakan
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu bentuk penyelidikan. Penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Dengan ini kita dapat melihat peranan data yang diproses untuk mendapatkan informasi berkenaan isu yang dikaji. Maklumat ini pula sekiranya ia diaplikasikan, ia boleh dianggap meningkat satu tahap kepada pengetahuan.
Menurut Elliot & Adelman (1976) yamg melapori kajian tindakan di bilik-bilik darjah menegaskan kajian tindakan sebagai penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru, merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru.
Penyelidik perlu mengenalpasti soalan-soalan ataupun masalah yang ingin diselesaikan, kemudian melakukan kajian dengan merujuk sumber rujukan berbincang dengan pihak-pihak tertentu, menentukan pendekatan kajian serta pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan dan pada masa yang sama, memantau kesan tindakan dengan mengumpul dan menganalisis data, menerangkan dan membincangkan dapatan dan implikasi kajian dan akhirnya hasil kajian dilaporkan agar ia memberi manfaat kepada semua orang.
Model Kajian Tindakan
Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.
Rajah 1: Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)
Rajah 2: Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
Rajah 3: Model Ebbutt (1985)
Rajah 4: Model Kajian Tindakan McKernan (1991)
Posted by Kala Sellaya at 2:56 PM 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
Aktiviti 3 (II): Laporan Pembentangan Kolokuim Senior
- mengkaji sejauh mana alat bantu mengajar dapat menarik minat pelajar dalam P&P
Persoalan Kajian
- Bagaimana alat bantu mengajar dapat membantu pelajar untuk lebih berminat dan memahami isi pengajaran yang di sampaikan dalam kelas
- Bagaimana mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada kepelbagaian penggunaan alat bantu mengajar
Metodologi
- Mengenal pasti isu, masalah atau situasi yang hendak di kaji
- Merancang penyelidikan
- Melaksanakan tindakan (contoh: power point, gambarajah, bahan maujud, permainan dan muzik)
- Memerhati dan mengumpul data
- Mereflek dan menilai kesan kajian tindakan
Implikasi Kajian
Posted by Kala Sellaya at 9:50 AM 0 comments
Monday, November 2, 2009
Aktiviti 3 (I): Laporan Pembentangan Kolokium Senior
- Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran khusus dalam matapelajaran Pendidikan Islam
- Penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif
Persoalan Kajian
- Adakah pelajar aktif di dalam kelas dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru
- Bagaimana penglibatan pelajar semasa aktiviti dijalankan di dalam kelas
Metodologi
- Melibatkan kelas Tingkatan 4 (4 kelas) di SM Teknik Sepang
- Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Implikasi Kajian
Analisis hasil dapatan dari permerhatian
Hasil daripada aktiviti ini pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran memberi impak positif pada kajian ini.
Analisis hasil dapatan dari temubual
Secara keseluruhan terdapat perubahan tingkah laku pada pelajar iaitu pelajar lebih berani dan berkeyakinan semasa aktiviti dijalankan. Ini menyebabkan pelajar seronok dan suka dalam sesi P&P.
Ulasan
Kaedah dan teknik yang digunakan amat berkesan pada pelajar walaupun tiada maklumat kuantitatif yang menunjukkan respon pelajar atau data yang menunjukkan perubahan pada pelajar. Berdasarkan kajian yang dibentangkan, saya mendapati guru mula mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa P&P dan berkebolehan dalam pengawalan pelajar serta kelas. Pembelajaran memberi peluang pada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar lain di dalam kelas serta penglibatan mereka secara langsung dalam P&P.
Posted by Kala Sellaya at 8:54 AM 0 comments
Thursday, October 29, 2009
Tugasan Kelas
Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan?
- Guru dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada
- Guru dapat sentiasa memperbaiki P&P dalam kelas
- Guru dapat mengenal pasti masalah yang sedang dihadapi
- Dapat meningkatkan kualiti pendidikan
- Dapat menjadikan kerjaya yang menyeronokkan
- Dapat melahirkan seorang insan yang berkualiti
- Dapat megaplikasikan falsafah pendidikan
- Guru dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif,kritis dan inovatif
- Dapat meningkatkan motivasi guru serta keyakinan guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya
- Dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik P&P
- Proses membaca dan mendapatkan ilmu berlaku sepanjang hayat
Posted by Kala Sellaya at 6:08 PM 0 comments